Tuesday, November 26, 2013

Hokkaido Chiffon Cake

 Tarikh Kelas : 16 November 2013




Cupcake


Bahan-bahan:


A 
4 biji kuning telur

30 gm gula caster

B
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh


C
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder


D
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster




Cara-Caranya:



  1. Pukul bahan A sehingga sedikit putih seperti dalam gambar 
  2. Satukan bahan B
  3. Masukkan bahan B ke dalam hasil pukulan bahan A. Satukan dan kacau menggunakan whisk sahaja
  4. Ayak bahan C sebanyak 3 kali
  5. Masukkan bahan C ke dalam hasil campuran bahan A & B sedikit demi sedikit (Bahan 1)
  6. Bahan D: Putar putih telur & garam dengan kelajuan tinggi sehingga kembang & berbuih. Tambahkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga habis. Putar sehingga mendapat hasil 'soft peak' (Bahan 2)
  7. Masukkan hasil Bahan 2 ke dalam Bahan 1 sedikit demi sedikit. Kacau menggunakan sendu atau spatula dengan menggunakan kaedah kaup balik. Masukkan & kacau sehingga habis bahan 2 sampai sebati 
  8. Isikan ke dalam cup 3/4 penuh. Bakar pada suhu 170 darjah celcius 15-20 minit. Sejukkan pada suhu bilik setelah siap dibakar

Filling Kastard

Bahan-bahan:

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
200ml susu segar 
1 bji telur + sedikit esen vanilla
1 sudu besar mentega

Cara-caranya:
  1. Masukkan tepung gandum,tepung kastard dan gula ke dalam periuk.
  2. Masukkan 1-3 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul-ketul.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla.Kacau rata.
  4. Masukkan baki susu dan kacau sebati.
  5. Masakkan di atas api sederhana. Sentiasa whisk supaya kastard tidak berketul-ketul. 
  6. Masukkan mentega setelah nampak kastard sedikit memekat.
  7. Kacau sehingga kastard berkim dan berkilat.
  8. Tunggu sehingga kastard suam, masukkan dalam piping bag. Picit masuk kastard ke dalam cupcake yg telah disejukkan tadi
  9. Setelah siap, taburkan gula ising diatas cupcake menggunakan penapis sebagai hiasan.


hasil cubaan peserta yg datang

hasil yg dpt dibawa pulang setiap peserta yg hadir


Nota kaki: Cup yg terbaik utk kek ini adalah cup kertas supaya apabila cup dikoyak, tiada yg melekat pada cup.


Kredit Gambar Dalam Langkah-langkah Penyediaan: http://raihannavanilla.blogspot.com

Muat turun resipi ini dalam format PDF sekarang!:
HOKKAIDO CHIFFON CAKE

No comments:

Post a Comment