Saturday, December 28, 2013

Kelas Memasak Akan Datang!

TARIKH: 28 DISEMBER 2013

HARI : SABTU

MASA : 230 PETANG

LOKASI: DEWAN JKKK TITI TERAS

YURAN: RM 5 SAHAJA UTK SETIAP SEORANG

MASAKAN: KEK LAPIS

JANGAN KETINGGALAN!!


Monday, December 16, 2013

Chocolate Hazelnut Cookies

Tarikh Kelas: 9 June 2013

Sumber gambar: google image search


CHOCOLATE HAZELNUT COOKIES


BAHAN A -    250 g butter
150 g gula perang

BAHAN B -    2 biji kuning telur

BAHAN C -    200g nestum (dibakar kemudian di blend)
                        200 g tepung biasa

Kacang hazelnut secukupnya

Cooking chocolate (dicairkan)

Chocolate rice (untuk hiasan)

Paper cup secukupnya

Cara-cara:

1.       Campur bahan A hingga sebati.
2.       Masukkan bahan B & C.
3.       Kacau sehingga menjadi doh yg lembut.
4.       Bulat-bulatkan, bubuh filling dan masukkan ke dalam paper cup kecil.
5.       Bakar dan sejukkan sebentar barulah dituang coklat yg dicairkan.

6.       Hias dengan coklat rice

Muat turun resipi dalam format PDF!:
Chocolate Hazelnut Cookies

Roti Bun

Tarikh kelas: 25 June 2011




BAHAN A

2 kg tepung roti (high protein)
280 g gula
40 g garam
40 g yis segera
4 biji telur
100 g susu tepung segera
900 g air

200 g marjerin – BAHAN B

Cara-cara:
1.       Satukan bahan A dalam mangkuk adunan.
2.       Masukkan air dan kacau sampai sebati.
3.       Selepas itu baru masukkan merjerin dan uli sampai lembut.

Muat turun resipi ini dalam format PDF!:
ROTI  BUN


Saturday, December 14, 2013

Milky Chocolate Oats

Tarikh Kelas: 30 Jun 2013

MILKY CHOCOLATE OATS

BAHAN A

200 g oat
200 g tepung gandum
100 g gula caster
125 g butter
Minyak sapi secukupnya
23 g serbuk koko

BAHAN B – untuk salut
50 g susu tepung
¼ cawan gula icing

Cara-cara:
1.       Campur semua bahan A.
2.       Masukkan minyak sapi sehingga doh boleh dibulat-bulatkan kemudian bakar.
3.       Siap dibakar, keluarkan dari oven dan terus golekkan dalam bahan B
4.       Siap digolekkan, masukkan dalam cup.


Muat Turun Resipi Dalam Format PDF!:

MILKY CHOCOLATE OATS









Kredit Gambar: Google Image Search

Monday, December 9, 2013

Aneka Tart

Tarikh Kelas: 24 March 2012


TART TELUR

Kulit:
100 g butter
100 g gula aising
240 g tepung
2 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla

Cara-cara:

1.       Pukul butter & gula aising sehingga kembang
2.       Masukkan kuning telur & esen vanilla, pukul lagi sehingga kembang.
3.       Masukkan 2 cawan tepung, pukul sehingga sebati.
4.       Tambahkan baki tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yg tidak melekat di tangan.
5.       Ambil sedikit adunan doh, bulat-bulatkan kemudian tekan ke dalam acuan tart. Tekan dgn jari supaya  permukaan adunan rata & kemas. Cucuk dengan lidi sebelom dibakar.
6.       Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.



Sumber foto: http://www.azlitamasammanis.com/2011/09/tart-telur.html




Inti telur:

A
3 biji telur gred A
80-100 g gula


B
250g susu segar
1 sudu besar tepung custard
Secubit garam
Sedikit esen vanilla


Cara-cara:
  1.        Pukul bahan A
  2.        Campurkan bahan B dan kacau sebati.
  3.        Masukkan bahan B ke dalam bahan A, kacau sebati.
  4.        Tuangkan ke dalam kulit tart yg telah dibakar terlebih dahulu.
  5.        Bakar 200 darjah celcius / 160 darjah celcius 20-25 minit sehingga masak.

Inti Krim Keju (Cheese):
A
1 biji telur
60 g gula

B
20 g butter
250 g cream cheese

Blueberry filling

Cara-cara:

1. Pukul bahan A
2. Campurkan bahan B dan kacau sebati.
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A, kacau sebati.
4. Masukkan blueberry filling ke dalam tart shell yg telah dibakar menggunakan piping bag.
5. Masukkan sebatian cream cheese dengan menggunakan piping bag sehingga menutupi permukaan tart 
    shell.



Inti Kelapa:

A
100 g butter
100 g gula

B
30 g soft flour
65 g kelapa tin

2 biji telur
Esen vanilla

Ceri merah

Cara-cara:

1. Pukul/campurkan bahan A sehingga sebati.
2. Masukkan telur, kacau sampai sebati
3. Masukkan esen vanilla
4. Masukkan campuran bahan B dan kacau sebati
5. Masukkan sebatian ke dalam tart shell kemudian hiaskan dgn ceri merah sebelum dibakar.


Sumber foto: http://resipicitarasawan.blogspot.com/2013/03/tartkelapa-coconut-tarts.html



tenaga pengajar aneka tart: Puan Fatimah

Muat turun resipi dalam fail berformat PDF
Aneka Tart